Ahad, November 28, 2010

Indahnya Kemaafan

Indahnya Kemaafan


Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??


Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.


(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)


Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)


“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)


“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)


“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)


Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)


Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.


Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.


“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)


Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.


Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)


“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Isnin, Julai 26, 2010

Affiliate Songsang Bos@55: Bukan tak mahu tapi.....

Affiliate Songsang Bos@55: Bukan tak mahu tapi.....: "Salam kedamaian,salam rahmat dari Allah aku memohon ke atas umat Muhammad di atas muka bumi.Semoga kita semua di izinkan oleh Allah untuk b..."

Ahad, Julai 25, 2010

TEMPAHAN DARI SEORANG RAKAN - KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN


Dah lama aku tak updated blog ni.. Dan dah setahun juga aku tak ambik mana2 tempahan kuih atau sebagainya lah. Yang ini kira tempahan pemanas tangan kot.. huhuhuu.. Kena pula aku mencuba deco set aku yg baru. Maklum la kebanyakkan alatan aku semua aku tinggalkan di Malaysia. Moist Dark Chocolate Cake utk ulang tahun seorang kawan aku kat Yanbu nih. Entah apa rasa aku pun tak tau la.. kena buat "press confrnce" dgn tuan punya kek ni dulu la nmpaknya.. Apa pun GANACHE kesukaan aku ni telah aku adun mengikut resepi yang aku belajar dulu. Good taste for a good tekak la... hihihiii... Ok lah. Nantikan cerita aku yg seterusnya ya. Untuk yang berhajatkan resepinya silalah tinggalkan komentarnya ya. Daaaaaa!! ;-)

Sabtu, Mei 29, 2010

Minat pada jahitan manik tabur..

Ni lah percubaan yg paling seronok.Bila baju si kecik aq tu dapat di hias dgn manik tabur yg dimintanya.Masa ni Izzah baru umur 3tahun.Ni jer la kenangan tuk ingat pasal sulam ni..nasib ambil gambar lepas siap..Baju ni dah sedekahkan kan kat anak member dah pun.Maklum jer la..tuannya sekarang pun dah 5 tahun pun. eeemmm...mesti suka la ni bila nmpk baju lama masuk blog nih..  (◕‿◕✿) 

Seronok bila dapat lakukan sendiri sesuatu yg dulunya kita cuma tempah jer kan orang lain kan.... Macam satu kepuasan dalam hidup bila semuanya yang dulu kita anggap susahnyaaaa...tapi la ni kalau cukup kelengkapan tinggal 'start engine' jer. Tinggal rajin dengan malas aje deh...Masa kat Malaysia, mcm suntuk benar masa nak siapkan sesuatu kerja tu. Tapi bila dah kat perantauan ni kenalah pulak tempat yang di "haramkan" orang pompuan ni drive kereta ..........so, boringgggg nya tu memanjang lah. Kenalah buka balik kitab NenekKebayan Ku ini. Wakikikiiii!!!! tau setakat tuk buat pada baju sendiri & anak2 boleh la orang kata tu kan!! Kalau tak sat ni ada pulok yg dok mai cari nak tempah....mmuuuaahhaaakkzz!! Belumm..belumm boleh ambik tempah lagi..tapi kalau nak mintak 'tulun' ajarkan, InsyaAllah sikit2 tu bulih ler.. yang penting bahannya mesti lengkap ya.


Jahitan manik yang simple pd tempahan lalu. Ada gambaq yg lepas2 tapi tak tau mana cheq lempaq pi.. ishhkk!! Yang atas ni satu jer yang tersesat kat h/p cheq.


Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY