Sabtu, Januari 04, 2014

VITAMIN D RDA 60 mg (( KEKURANGAN, KESAN DAN CARA MENGATASI ))

FUNGSI
  • Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus.
  • Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. 
  • Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. 
  • Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.


Terdapat beberapa bentuk vitamin D
termasuk  vitamin D2 (ergocaliciferol), 
yang datang dari sumber makanan; vitamin D3(cholecalciferol), 
yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; 
dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5
Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

SUMBER
Vitamin D boleh diperolehi daripada
  • minyak hati ikan, 
  • ikan air masin , 
  • hasil tenusu,
  • telur . 
Ia juga didapati daripada
  • mentega, 
  • minyak ikan kod, 
  • putih telur, 
  • ikan halibut, 
  • hati, 
  • susu, 
  • oat, 
  • ikan salmon, 
  • sardin, 
  • ubi kentang, 
  • tuna, 
  • minyak sayuran . 
Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit. 

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan :
Rickets, pada kanak-kanak 
( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).

Osteomalacia, pada orang dewasa 
( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak).


> Sumber info: 
http://moodpro.tripod.com/infoubat/vit_D.htm  <

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 22 Kesan Kekurangan Vitamin D

Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup: 
22 Kesan Kekurangan Vitamin D:
Kekurangan Vitamin D biasanya berlaku akibat kurang pendedahan kepada pancaran matahari dan ada juga kerana tidak mengambil makanan yang kay...

Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY