Khamis, Mei 21, 2009

USIK-USIK MANJA

1. KERJA RUMAH
  • Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.
  • GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?
  • ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah
  • GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?
  • ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

2. IKUT JIRAN SEBELAH
  • isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.
  • suami: ape halnya sampai awak sejuk?!
  • isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.
  • suami: habis tu kenapa?
  • isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?
  • suami: hish!!gila ker awak nie!!!??mane saya kenal dia!!!!
  • isteri : *&#$%^&*%**%

3. TAK BERANI CURI
Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.
  • Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.
  • Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

4. PECAT
  • Majikan : Kamu di pecat!
  • Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
  • Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

5. ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

  • Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."
  • Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."
  • Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?"
  • Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."
  • Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

6. PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.
  • Doktor Senior : Kenapa ni?
  • Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..
  • Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
  • Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

7. 3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

  • Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
  • Dol : Setuju, bos..
  • Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
  • Dol : 3 bulan lagi, bos..

8. SEDARA KITA


Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.
  • Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
  • Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.
Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
  • Anak :Tu pun sedara kite ke???
"Dan secara spontan lembu & kambing senyum walaupun senyum itu hak kambing."
kwang..kwang..kwang....

Tiada ulasan:

Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY