Ahad, Mei 24, 2009

SEJAUH MANA KEHEBATAN MAKHLUK ALLAH

Serlahkan kehebatan anda bila menghadapi situasi tegang ketika awek tengah marah~~

Bila awek mula turun tok nenek baling² barang korang cuba sambut apa yg dorang baling tu...Inilah masanya korang nak tunjuk kepantasan korang menjadi goal keeper...

Bila awek korang mula menjerit tak pasal² menengking, membebel tanpa henti...Korang menyanyilah sekuat hati dgn penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal...inilah masanya korang nak tunjok yg suara korang sedap giler! 


Bila awek korang tenung korang cam nak telan (garang arh konon!)...korang senyum jek pandang awek korang tuh! inilah masanya korang tunjuk betapa comelnya muka korang ketika senyum!

Bile awek korang hambik semua barang² dia bungkus ala² nak lari rumah..korang tolong kemaskan barang² dia...ambik semua barang² dia...masukkan dlm plastik sampah kala itam tuh...inilah masanya korang nak tunjuk betapa rajinnyer korang...ringan tulang dan suka membantu...

Bila awek korang menangis akibat terlalu marah dan sakit hati hingga mengalirkan airmata...korang ketawalah berdekah² hingga terguling²...inilah masanya korang nak buktikan bahawa korang berusaha buat awek korang gumbira ketika dia sedang berduka...sedih dan terluka!  
Heheheheeee.

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan

lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,

Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,

setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua

memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Khamis, Mei 21, 2009

USIK-USIK MANJA

1. KERJA RUMAH
  • Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.
  • GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?
  • ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah
  • GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?
  • ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.

2. IKUT JIRAN SEBELAH
  • isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.
  • suami: ape halnya sampai awak sejuk?!
  • isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.
  • suami: habis tu kenapa?
  • isteri: kenapa abang tak buat macam tu....?
  • suami: hish!!gila ker awak nie!!!??mane saya kenal dia!!!!
  • isteri : *&#$%^&*%**%

3. TAK BERANI CURI
Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.
  • Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.
  • Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.

4. PECAT
  • Majikan : Kamu di pecat!
  • Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
  • Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...

5. ATOK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

  • Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah."
  • Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk."
  • Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?"
  • Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi."
  • Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau."

6. PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.
  • Doktor Senior : Kenapa ni?
  • Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..
  • Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
  • Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..

7. 3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

  • Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
  • Dol : Setuju, bos..
  • Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
  • Dol : 3 bulan lagi, bos..

8. SEDARA KITA


Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.
  • Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
  • Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.
Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
  • Anak :Tu pun sedara kite ke???
"Dan secara spontan lembu & kambing senyum walaupun senyum itu hak kambing."
kwang..kwang..kwang....

Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY