Sabtu, Oktober 22, 2011

budak cina kena langgar

AWAS!!! KALAU TAK KUAT HATI JGN BERANI TENGOK 
VIDEO INI YA!!! 


Kemudian sebuah lagi van melalui jalan tersebut dan menggilis kanak-kanak itu. Kali ini van kedua tidak berhenti langsung seolah-olah ia hanya melanggar satu bongol.

Selepas itu, sekurang-kurangnya 13 orang lagi berjalan lalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. Ada juga yang berhenti untuk melihat Yueyue, tetapi tidak melakukan apa-apa.

Akhirnya, seorang wanita yang sedang mengutip sampah, ternampak Yueyue dan menariknya ke tepi jalan sejurus sebelum satu lagi van memandu lalu. Hanya selepas itu ibu Yueyue muncul dalam video itu.

Menurut akhbar BBC, kanak-kanak itu merayau semasa ibunya sedang mengambil pakaian di dobi. Manakala Reuters berkata polis telah menahan kedua-dua pemandu van itu.

Akhbar China Daily pula mengatakan yang kanak-kanak malang itu diisytiharkan ‘mati otak’ oleh doktor dan boleh mati pada bila-bila masa.

***Nota: Ramai orang di China teragak-agak untuk membantu orang yang kelihatan seperti berada dalam kecemasan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan.

Tindakan undang-undang berprofil tinggi di negara itu berakhir dengan orang yang baik hati diarah membayar denda yang tinggi kepada individu yang mereka cuba untuk membantu.Mungkin itu menjadi penyebab kepada mengapa tiada siapa yang mahu tampil membantu atau mungkin nilai kemanusiaan itu sendiri sudah pupus.

TERKINI. Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.

Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY