Selasa, Januari 01, 2013

LUKISAN DINDING RUMAH oleh Charlotte Mann



LUKISAN DINDING RUMAH PALING COOL


Selalunya bila dah dapat duduk rumah baru, mesti korang tak tahu nak letak apa kat dinding rumah korang kan? Kalau tidak diletak bingkai gambar mesti korang biarkan kosong je kan. Kat sini seorang artis seni lukisan dari Britain Charlotte Mann telah membuat sesuatu yang sangat unik dan lain dari yang lain dengan melukis dinding rumah dengan lukisan mural yang sangat unik dan cantik mengisi ruang dinding rumah. Jom tengok !

EscapeIntoLife_CharlotteMann10
Charlotte Mann at work


EscapeIntoLife_CharlotteMann1
Wall Drawing for Clariant International, BaselDetail,  2010, black marker pen on wall and doors,  2.6 x 15 metres


EscapeIntoLife_CharlotteMann9
India Knight’s Wall,  2008





High Holborn House Wall Drawing, 2009 




                                       High Holborn House Wall Drawing2009



            Cube P.R.,  2007, black marker pen on white emulsion paint wall, 2.5 x 2 metres





The School of Life,  Detail,  2008, black marker pen on white emulsion paint wall,  2 x 2o metres



Lukisan medium dakwah


Lukisan medium dakwah


Abd. Ghafur Tahir (kanan) bersama anaknya yang banyak membantu beliau pada Karnival Kesenian Islam anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
USAHA memartabatkan al-Quran tidak pernah terhenti, malah pelbagai idea baru sentiasa diilhamkan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Ini jelas terbukti sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)
Pelbagai seni dan reka bentuk kreatif kian dihasilkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, insan bertuah terpilih, Abd. Ghafur Tahir membuktikan bakat yang dikurniakan apabila berjaya menghasilkan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar di dunia.
Menjadikan misi mengajak masyarakat untuk mengenal dan memahami al-Quran sebagai perjuangan hidup, pemilik Galeri Art Ghafur itu sentiasa memikirkan usaha untuk menghasilkan rekaan kreatif sebagai landasan bagi menarik minat umat Islam mendekati al-Quran.
Usaha murninya akhirnya diperkenankan oleh Allah SWT apabila beliau kini sedang menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar bersaiz 7x10 kaki itu yang kesemuanya dianggarkan sebanyak 604 helai lukisan ayat al-Quran.
"Sejak mula dihasilkan pada dua tahun lalu, sebanyak 30 helai lukisan telah berjaya disiapkan iaitu merangkumi juzuk pertama dan kedua dalam surah al-Quran.
"Setiap helaian ayat al-Quran yang dihasilkan menggunakan warna akrilik di atas kanvas itu semuanya dihasilkan dengan corak dan rekaan lukisan berbeza yang mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan kepada masyarakat.
"Untuk menghasilkan lukisan ayat al-Quran ini bukan mudah kerana ia memerlukan penumpuan dan ilham idea yang perlu disempurnakan segera. Setiap sehelai lukisan tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada lapan jam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Karnival Kesenian Islam anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, baru-baru ini.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu turut mempamerkan 50 lukisan pelbagai saiz berkonsep Islam dan ketuhanan karya milik Ghafur.
Selain itu, karnival bertemakan Solusi Muzik dan Kaligrafi itu turut menyediakan pelbagai aktiviti lain termasuk pameran kaligrafi, marhaban, kelas latihan alat muzik dan kutipan tabung dana bantuan untuk Palestin.
Ghafur berkata, setiap helaian lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut menggunakan seni khat berbeza iaitu khat nasakh, thuluth, rik'ah, farsi, diwani dan kufi.
Medium dakwah
Ghafur yang tidak pernah mempelajari, apatah lagi mengetahui seni kaligrafi bernekad menghasilkan sesuatu kelainan dalam penghasilan nafkah al-Quran kerana didorong oleh semangatnya yang mendalam.
Sehinggalah pada 2010, terlintas difikirannya untuk merealisasikan cita-cita yang dibina sejak 10 tahun lalu untuk menghasilkan naskah al-Quran dengan gaya kontemporari dan tersendiri.
"Hobi saya ialah melukis sejak kecil lagi. Tetapi mula aktif menceburi bidang ini sejak 2007. Namun, kebanyakannya adalah lukisan berbentuk abstrak," ujarnya.
Beliau berkata, bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi lukisan ayat al-Quran tersebut diharap menjadi landasan baginya untuk memanfaatkan bakat yang dikurnia bagi berdakwah dan mengajak orang ramai kepada Islam.
"Mengaplikasikan gabungan khat menggunakan warna yang segar dan seni kontemporari dalam versi abstrak diharap dapat menarik perhatian orang ramai yang memandang terhadap keindahan kesenian Islam.
"Saya berharap menerusi kaedah lukisan seni kaligrafi ayat al-Quran ini dapat mengembalikan kegemilangan al-Quran dan menarik minat masyarakat seluruh dunia terhadap kitab suci Allah SWT ini," katanya.
Tambahnya, untuk menghasilkan reka bentuk lukisan itu bukan hanya memerlukan pengalaman dan kreativiti, malah menuntut kepada ketulusan dan keikhlasan pelukis.
Dibantu oleh seorang pelukis dari Pakistan, In'am dan empat lagi anak lelakinya, beliau kini menyasarkan untuk menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut pada 2015.
Bagaimanapun, beliau berharap sumbangan daripada pelbagai pihak dalam memberikan bantuan untuk menampung perbelanjaan kos menyempurnakan lukisan nafkah al-Quran yang bernilai RM1.2 juta.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menemui Ghafur di Galeri Art Ghafur, Ruang Legar Space U8, Shah Alam.


sumber: Lukisan medium dakwah

Jumaat, November 30, 2012

Tazkirah: Penghulu Istighfar

Tazkirah: Penghulu Istighfar: * Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila...

Sabtu, September 15, 2012

Ahad, Ogos 26, 2012

HARIRI YUSOF

HARIRI YUSOF:
Click "Collect Me" to help me win a New York City photo exhibition and a$25,000 cash grant: One Life Photography Competition

Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA

http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY