Tidak Kita Dapat Mengenali Orang Lain Melainkan Dlm 3 keadaan.... **TIDAK DAPAT DIKETAHUI ADAKAH SESORANG ITU PEMAAF MELAINKAN KETIKA DIA MARAH** *TIDAK DAPAT DIKENAL SESEORANG ITU BERANI MELAINKAN PADA WAKTU BERJUANG*** *TIDAK DAPAT DIKENALI SAHABAT MELAINKAN WAKTU KESUSAHAN MENIMPA***
Ahad, Ogos 08, 2010
Isnin, Julai 26, 2010
Affiliate Songsang Bos@55: Bukan tak mahu tapi.....
Affiliate Songsang Bos@55: Bukan tak mahu tapi.....: "Salam kedamaian,salam rahmat dari Allah aku memohon ke atas umat Muhammad di atas muka bumi.Semoga kita semua di izinkan oleh Allah untuk b..."
Ahad, Julai 25, 2010
TEMPAHAN DARI SEORANG RAKAN - KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN
Dah lama aku tak updated blog ni.. Dan dah setahun juga aku tak ambik mana2 tempahan kuih atau sebagainya lah. Yang ini kira tempahan pemanas tangan kot.. huhuhuu.. Kena pula aku mencuba deco set aku yg baru. Maklum la kebanyakkan alatan aku semua aku tinggalkan di Malaysia. Moist Dark Chocolate Cake utk ulang tahun seorang kawan aku kat Yanbu nih. Entah apa rasa aku pun tak tau la.. kena buat "press confrnce" dgn tuan punya kek ni dulu la nmpaknya.. Apa pun GANACHE kesukaan aku ni telah aku adun mengikut resepi yang aku belajar dulu. Good taste for a good tekak la... hihihiii... Ok lah. Nantikan cerita aku yg seterusnya ya. Untuk yang berhajatkan resepinya silalah tinggalkan komentarnya ya. Daaaaaa!! ;-)
Isnin, Jun 28, 2010
Isnin, Mei 31, 2010
Sabtu, Mei 29, 2010
Minat pada jahitan manik tabur..
Ni lah percubaan yg paling seronok.Bila baju si kecik aq tu dapat di hias dgn manik tabur yg dimintanya.Masa ni Izzah baru umur 3tahun.Ni jer la kenangan tuk ingat pasal sulam ni..nasib ambil gambar lepas siap..Baju ni dah sedekahkan kan kat anak member dah pun.Maklum jer la..tuannya sekarang pun dah 5 tahun pun. eeemmm...mesti suka la ni bila nmpk baju lama masuk blog nih.. (◕‿◕✿)
Seronok bila dapat lakukan sendiri sesuatu yg dulunya kita cuma tempah jer kan orang lain kan.... Macam satu kepuasan dalam hidup bila semuanya yang dulu kita anggap susahnyaaaa...tapi la ni kalau cukup kelengkapan tinggal 'start engine' jer. Tinggal rajin dengan malas aje deh...Masa kat Malaysia, mcm suntuk benar masa nak siapkan sesuatu kerja tu. Tapi bila dah kat perantauan ni kenalah pulak tempat yang di "haramkan" orang pompuan ni drive kereta ..........so, boringgggg nya tu memanjang lah. Kenalah buka balik kitab NenekKebayan Ku ini. Wakikikiiii!!!! tau setakat tuk buat pada baju sendiri & anak2 boleh la orang kata tu kan!! Kalau tak sat ni ada pulok yg dok mai cari nak tempah....mmuuuaahhaaakkzz!! Belumm..belumm boleh ambik tempah lagi..tapi kalau nak mintak 'tulun' ajarkan, InsyaAllah sikit2 tu bulih ler.. yang penting bahannya mesti lengkap ya.


Jahitan manik yang simple pd tempahan lalu. Ada gambaq yg lepas2 tapi tak tau mana cheq lempaq pi.. ishhkk!! Yang atas ni satu jer yang tersesat kat h/p cheq.
Khamis, Mei 20, 2010
Jumaat, Mac 26, 2010
Selasa, Mac 16, 2010
Sabtu, September 05, 2009
JASA SEORANG ANAK KEPADA IBU
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian
& keperluanmu - PERCUMA
& keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA !!!!
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya. Ingat lagu di RTM?
WHO'S NEXT? MY MOTHER!!
WHO'S NEXT? MY MONTHER!!!!
WHO'S NEXT? MY MOTHER!!
WHO'S NEXT? MY MONTHER!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)
Album Kenangan Di Laut Merah Yanbu' KSA
http://www.youtube.com/watch?v=WSNgd4PU7ZY

